Blog ini adalah merupakan satu perkongsian ilmu (bukanlah nasihat pelaburan yang muktamad) dan memberi pengetahuan/pendapat tentang emas fizikal dan membantu anda untuk membeli / mendapatkan emas melalui pembelian dari syarikat Public Gold dan seterusnya membuat simpanan. Saya tidak bercerita tentang emas siber iaitu pelaburan melalui pembukaan akaun emas di bank-bank (sila rujuk terus kepada bank-bank berkenaan), pelaburan internet (FOREX) dan yang seumpama. Semua keputusan berkaitan pembelian emas adalah dinasihatkan terlebih dahulu dibuat kajian mendalam mengikut kesesuaian serta keserasian dan paling penting modal yang ada serta keperluan masa depan anda. BELI EMAS BUKAN BERMAKNA KITA MENGELUARKAN BELANJA - BELI EMAS BERMAKNA MENYIMPAN - SIMPAN WANG NILAINYA SEMAKIN SUSUT - SIMPAN EMAS NILAINYA SEMAKIN NAIK.

Sunday, 15 April 2012

Sejarah awal emas.

Emas sebagai 'Warisan'
Emas mempunyai ciri-ciri unik yang tiada tandingan, ia satu bahan lengai. Ia tidak bermakna apa-apa sehingga manusia menemuinya dan melombongnya. Menapisnya dan melenturnya mengikut citarasa masing-masing. Jadi emas mempunyai terlau banyak sejarah dan tamadun. Di sini dan seterusnya dalam beberapa post akan datang dicatitkan beberapa hal sejarah berkaitan emas dalam tempoh di mana sejarah itu terjadi.

Siri 1: c. 3600 BC
Permulaan meleburkan emas
Tukang emas orang Mesir melaksanakan kerja-kerja peleburan atau memisahkan logam-logam yang terdapat di dalam bijih-bijih yang dilombong. Mereka menggunakan sumpitan yang diperbuat daripada lempung tahan kebakaran bagi memanaskan relau peleburan.

No comments:

Post a Comment