Ini adalah kisah bagaimana saya membeli emas Public Gold dan pendapat saya tentang emas serta perniagaan direct selling/MLM.
Yes…Public Gold bukan sistem perniagaan MLM, ia adalah ‘single level’ dimana anda beli emas daripada Public Gold dan kemudian menjualnya kepada individu lain mengikut harga pasaran semasa PG Sell dan PG Buy yang ditetapkan oleh Public Gold…itu saja!
Saya telah mengikuti dan berkecimpung dalam dunia MLM/direct selling yang tidak kurang drp 20 buah syarikat sejak saya memulakan kerjaya iaitu sekitar tahun 1985 lagi di Seberang Prai(ketika itu berumur 22 thn) sehingga yang terakhir di Kuching beberapa bulan yang lalu(modal RM408.00), yang mana satu pun daripada perniagaan ini tiada yang memberi laba yang positif buat saya, mungkin itu bukan jalan saya ataupun memang telah ditetapkan tiada rezeki saya dijalan itu…dan yang paling saya kecewa apabila saya join satu kumpulan MLM yang amat terkenal di negara kita pada ketika itu iaitu pada tahun 2008 (tahun Public Gold dilancarkan) dengan modal bukan sedikit bagi saya iaitu RM6954.00. Akibat bimbingan daripada sponsor yang ‘ala kadar’, maka saya pun gugur dengan hanya pulang modal sekitar RM2400.00 sahaja.
Dalam masa yang sama juga saya bermain FOREX sejak tahun 2005 lagi dan dari sini bermacam-macam ilmu matawang yang saya pelajari samaada online mahupun dengan membeli ebook. Pun sama, tiada apa boleh dibanggakan melalui FOREX ini, kerugian mahu lebih RM3000.00 (tahu ada orang lain yang rugi lebih banyak drp itu…). Saya berhenti FOREX setelah fatwa dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan FOREX pada Februari 2012. Dalam masa yang sama juga saya melabur dalam beberapa Unit Trust melalui Public Bank Bhd. Melalui pelaburan Unit Trust ini saya tidak pernah rugi, kalau rugi pun dari segi untung yang sedikit kerana modal yang saya labur sedikit saja, maklum ketidakyakinan menguasai diri kerana pelaburan dalam Unit trust juga mempunyai risiko turun naik harga dan kita perlu membuat kajian sebelum menjual semula supaya untung… Melalui FOREX dan Unit Trust saya banyak mempelajari dan memperaktikkan ilmu ekonomi dunia samaada melalui geraf matawang mahupun secara fundamental(berita-berita semasa dunia yang mempengaruhi ekonomi).
Sehingga tiba masanya Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa berkaitan FOREX, maka saya mula mengkaji emas dan nilai emas serta sejarahnya. Ini amat perlu untuk kita semua sebelum membeli emas. Fahami apa itu emas, pengaruhnya kepada ekonomi dunia malah kegunaannya sebagai nilai matawang paling stabil di dunia. Perlu juga tahu apa pengaruhnya kepada ekonomi kita sebagai individu yang bergantung kepada wang kertas.
Setelah mengetahui dan faham perjalanan jualbeli dan keperluan memiliki dan menyimpan emas barulah saya berani membuat pembelian emas. Ya…saya tidak lagi ragu-ragu untuk membeli dan menyimpan emas setelah mengetahui ia boleh menjamin malah memberi keuntungan jangka panjang. Terlalu banyak ‘forecast’ daripada pakar-pakar ekonomi dunia yang menunjukkan kenaikan dan permintaan terhadap emas pada masa akan datang, ini terutamanya dari negara-negara pembangunan utama dunia seperti China, India dan Rusia yang sedang meningkatkan pembelian emas dari tahun ke tahun manakala kadar pengeluaran emas dunia dari lombong-lombong emas terkemuka dunia semakin berkurangan oleh sebab permintaan yang tinggi tadi. Ini semua kan menaikkan nilai emas! Itu hanya satu contoh, banyak lagi contoh-contoh lain yang sedang mempengaruhi kenaikan nilai emas.
Saya ingin memberi sedikit maklumat tentang perbezaan pelaburan membeli harta tanah(andaian tanah kosong) dengan emas(dalam konteks ini Public Gold) kerana saya banyak mengkaji perbezaan antara keduanya sebelum membuat keputusan membeli emas.
Dimaklumkan saya telah bekerja dalam bidang harta tanah sejak tahun 1985 lagi iaitu sekitar 27 tahun yang lalu dan agak arif berkaitan harta tanah. Sedikit saja beza antara emas dan tanah kosong. Emas amat mudah untuk kita cairkan kepada wang tunai iaitu hanya dengan menjual kepada individu lain(pastilah masa tu ada untung..) atau pun dengan menjual kepada Public Gold sendiri yang hanya mengambil masa tidak sampai 30 minit, manakala bagi tanah kosong ada sedikit kesukaran untukdicairkan kerana ia memerlukan masa untuk mencari pembeli yang sah(genuine buyer) dan seterusnya untuk menguruskan perkara-perkara berkaitan Surat Perjanjian, Cukai Setem, Pindah Milik, urusan peguam, Pejabat Tanah dll. lagi yang biasanya akan mengambil masa antara 1-6 bulan untuk selesai segalanya dan mendapat wang jualan tadi. Untuk makluman juga, tidak sedikit penjual tanah yang ditipu oleh samada pembeli mahupun ejennya. Bagaimana kalau sekiranya kita perlukan wang pada kadar segera? Lain orang lain pula bicaranya, ini pendapat saya dan apa yang saya alami…itu tanah kosong, kalau ada bangunan, ada pula kos pengurusan seperti pembaikan, upah urus, air, elektrik, cukai(macam-macam ada..) dll. malah saya sendiri nak uruskan rumah saya yang disewakan di Seremban pun kacau juga….mahu juga di jual dan beli emas…!?
Sepanjang saya mengkaji tentang emas, terlalu banyak kebaikan yang ditemui dengan membeli dan menyimpan emas. Antaranya kenaikan berterusan dari 1883-sekarang, permintaan emas yang meningkat, kejatuhan nilai matawang AS, kejatuhan ekonomi negara-negara Eropah dan lain-lain amnya, kadar pengeluaran emas yang semakin berkurangan, nilai matawang yang dipengaruhi inflasi dan lain-lain faktur yang lebih teknikal.
Hayatilah maksud hadis Rasulullah SAW ini:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia maka simpanlah Dinar ( Emas ) dan Dirham ( Perak ) [Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal]
Inilah antara sebab-sebab kenapa saya beli emas. Selain dari membaca artikel ini, adalah dinasihatkan juga anda membaca berita-berita semasa berkaitan emas dunia yang terdapat di bahagian kiri blog ini serta link-link lain yang ada kerana ia kebanyakan nya adalah link berkualiti dan terpilih mengikut keutamaan.
Sekian, terima kasih. Please share.
No comments:
Post a Comment