Sebenarnya membeli emas secara ONLINE daripada Public Gold amatlah mudah. Anda boleh membuat tempahan sendiri tanpa perlu berhubung dengan saya dengan syarat anda mencatitkan Nama dan Nombor ejen saya iaitu Saadon Bin Saad, PG021063. Ini penting kerana tanpa nama dan nombor ejen ini, pendaftaran anda tidak dapat dilakukan. Disini saya tunjukkan cara-cara membeli emas Public Gold secara ONLINE langkah demi langkah yang amat mudah. Pertama sekali sila klik link laman web Public Gold dan kemudian ikuti langkah-langkah berikut:-
1 - Klik Login
2 - Klik Register
3 - Isi maklumat penting yang bertanda * , manakala maklumat-maklumat lain boleh diisi kemudian.
4 - Klik Register
5 - Setelah itu periksa email anda yang didaftarkan tadi dan klik link yang diberikan.
6 - Dari laman yang dipaparkan, klik Order dan kemudian Place Order untuk membuat tempahan emas/silver anda. Sementara itu juga sila lihat harga PG Sell yang ditawarkan ketika itu untuk makluman anda.
7 - Sila baca Terms of Sale yang dipaparkan.
8 - Setelah itu klik I Agree.
9 - Setelah anda klik I Agree, laman seterusnya ialah senarai emas/silver serta jumlah unit yang hendak dibeli. Disini sila isikan unit yang hendak dibeli di ruang yang ditunjukkan di bawah.
10 - Di bahagian bawah sekali sila isikan maklumat seperti yang ditunjukkan. Di bahagian Payment Option, sila buat pilihan samada Full Payment (cash) ataupun Easy Payment Purchase(sila berhubung dengan Cawangan Public Gold terdekat), bank pilihan anda (untuk internet banking) dan Collect from (Cawangan Pilihan yang terdekat dengan tempat tinggal anda). Bayaran secara tunai mengikut jumlah yang sesuai (bagi tujuan keselamatan) boleh dibuat di Cawangan Public Gold).
11 - Setelah itu sila klik Update Cart (ketika ini laman web akan refresh untuk memaparkan harga terkini (harga emas/silver mungkin berubah dan mungkin juga tidak berubah daripada yang anda lihat sebelum ini kerana setiap 20 minit laman web Public Gold akan refresh untuk harga terkini) dan setelah itu sila klik Checkout.
12 - Apabila selesai membuat tempahan emas/silver anda, sila periksa email anda sekali lagi dan klik View ataupun Download file PDF seperti yang ditunjukkan di bawah. Sila buat bayaran yang dinyatakan dalam Purchase Order dan setelah itu bawa slip Order dan bukti bayaran tersebut ke Cawangan Public Gold pilihan anda tadi. Bagi bayaran secara tunai di pejabat Public Gold dan Easy Payment Purchase, anda dinasihatkan supaya menghubungi pejabat Public Gold terlebih dahulu untuk memaklumkan tujuan anda tersebut. (Dimaklumkan pihak Public Gold hanya memberi masa selama 24 jam untuk membuat bayaran, jika tiada maklumbalas dalam tempoh tersebut maka tempahan tersebut akan dibatalkan, oleh itu amat penting anda memaklumkan kepada pejabat Public Gold terdekat tentang apa juga cara bayaran yang anda cadangkan).
Akhir sekali, jika ada apa-apa kemusykilan atau pertanyaan, sila SMS saya di 0133691883 (jika waktu pejabat) dan hello selepas waktu pejabat (5 ptg. ke atas). Saya akan cuba memberi bantuan dan maklumat lanjut bagi membantu anda. Sekian, terima kasih.
...beli emas untuk simpanan, elakkan riba di bank...